Melayu yang satu lagi
Iklan
Masyarakat Melayu bukan hanya terdapat di Malaysia, malah turut mendiami selatan Thailand dan beberapa wilayah di negara jiran.
MINGGU lalu, saya berpeluang ke Pekanbaru, Riau untuk mengisi undangan kuliah sebuah universiti di sana. Walaupun banyak tempat di Indonesia telah saya lawati, khususnya di sekitar Pulau Jawa, inilah kali pertama saya sampai ke wilayah Riau. Ia sepertinya sebuah 'tanah Melayu' yang lagi satu.
Memijak sahaja kaki ke bandara, saya mendengar runut bunyi musik irama Melayu dimainkan. Pegawai imigresen dan petugas di lapangan terbang bertutur bahasa Melayu seperti yang banyak dituturkan oleh penduduk di negeri-negeri selatan tanah air.