Pelajar tahfiz terkandas di Negeri Sembilan dibenarkan pulang
Iklan
SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan memberi kebenaran kepada tujuh pelajar tahfiz yang terkandas di pusat tahfiz di negeri ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk pulang ke rumah masing- masing.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bagaimanapun pihak tahfiz perlu memohon kebenaran daripada pihak keselamatan atau Ketua Polis Negeri Sembilan untuk mendapatkan kebenaran pulang ke kampung.