Pemandu kereta api mengaku halang tugas polis, ingkar PKP

Iklan
Gambar Hiasan

JELEBU - Seorang pemandu kereta api dijatuhi hukuman penjara dua hari dan denda RM3,800 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menghalang tugas polis dan mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 17 April lalu.

Tertuduh, A Loghan, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Rahimah Rahim.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh yang berada di luar sebuah rumah di Taman Sri Pertang, Jelebu didapati melakukan provokasi dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap sepasukan polis yang memintanya beredar kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan pada jam 10.30 malam, 17 April lalu.

Oleh yang demikian, tertuduh dituduh mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Iklan

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh turut dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM800 selepas didapati bersalah mengikut Peraturan 3(1) Peraturan - Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit ( Langkah - Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020 ( PPPB) yang boleh dihukum mengikut Peraturan 11(1) peraturan sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Rahimah turut mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda bagi pertuduhan menghalang penjawat awam dan satu bulan bagi ingkar arahan PKP.

Iklan

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Mohamad Nor Hisam Hussain.