Kenderaan komersial perlu jalani pemeriksaan berkala Puspakom

Iklan
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - Foto Bernama

PUTRAJAYA – Bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya, kenderaan komersial tetap perlu menjalani pemeriksaan berkala di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun urusan tersebut perlu dilakukan dengan membuat temu janji terlebih dahulu.

Iklan
Iklan

"Kenderaan komersial seperti lori perlu diperiksa oleh Puspakom. Untuk itu, mesyuarat pagi tadi bersetuju bahawa mana-mana kenderaan komersial perlu diperiksa dengan membuat temu janji dengan Puspakom terlebih dahulu,” katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, terdapat permohonan daripada Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) supaya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Puspakom untuk membuka kaunter bagi membolehkan proses pemeriksaan dan pendaftaran kenderaan persendirian dan perdagangan semasa tempoh PKP.

Iklan
Iklan

"Proses pendaftaran kenderaan oleh JPJ dan APAD boleh dilaksanakan dalam talian,” katanya.