Bukit Katil selepas Chennah?
Iklan
BN dan PN bertanding di bawah satu pakatan dalam PRN Melaka.
PADA Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 1 Ogos lalu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, tumbang di Chennah. Calon MCA menewaskannya dengan majoriti 688 undi, sedangkan Loke menang di kerusi sama pada PRN 2023 dengan majoriti 2,200. Loke masih Loke. Hanya susunan lawannya yang berubah: Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bertanding di bawah satu pakatan dan undi yang dahulu berpecah kini berhimpun di satu pihak.
Hari ini, Melaka menamakan calon dengan resipi yang sama. BN bertanding 21 kerusi, manakala Pas tujuh.