Dilema antara motivasi dan komitmen
Iklan
Manusia lebih cenderung mengekalkan sesuatu tingkah laku apabila memahami dan menerima nilai di sebalik tindakannya. Gambar hiasan
TIDAK dinafikan kita dikurniakan semangat dan perlukan semangat. Namun, ada kalanya semangat tersebut mudah pudar apabila menerima ujian dan tidak memenuhi hasrat serta keinginan kita.
Lantaran itu, sesetengah kita mula mengalah untuk meneruskan misi kehidupan. Pun begitu, setelah diberikan semangat, kita bangkit semula. Tidak lama kemudian, semangat kembali pudar setelah melalui ekosistem yang sama. Perlukah kita meneruskan ekosistem sebegitu?