Pas bakal penamat MCA?
Iklan
Jika Pas dapat memobilasikan lebih undi di kawasan campuran daripada MCA atau Gerakan, maka hilanglah nilai parti-parti ini. Gambar hiasan
PAS dan MCA lain sasaran pengundi, lain kepedulian dan kebanyakan masanya tidak bersaing sesama lain secara langsung. Kerana kelainan-kelainan ini, sungguhpun MCA kuat mengutuk Pas selama empat dekad antara 1978-2018, ancaman langsung kepada MCA sentiasa datangnya daripada DAP dan bukan Pas.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mungkin menjadi penunjuk arah angin – Pas mungkin penamat MCA - untuk masa depan, Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU) dan selanjutnya.