Pertambahan pengundi baharu boleh gugat kerusi majoriti tipis - Penganalisis
Iklan
Pertambahan hampir 190,000 pemilih berdaftar di Melaka berpotensi mengubah landskap persaingan pada PRN kali ini, terutama di kerusi yang dimenangi dengan majoriti tipis. Gambar kecil: Manimaran
SHAH ALAM - Pertambahan hampir 190,000 pemilih berdaftar di Melaka berpotensi mengubah landskap persaingan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, terutama di kerusi yang dimenangi dengan majoriti tipis.
Penganalisis pilihan raya, Dr G Manimaran berkata, kelompok pengundi baharu termasuk pengundi muda yang didaftarkan secara automatik selepas pelaksanaan Undi18 dijangka menjadi antara faktor yang memberi kesan terhadap pola pengundian.