Kes tetak peneroka Felda: 'Adik ada masalah mental sejak lapan tahun lalu' - Kakak

Iklan
Anggota polis menunjukkan kapak yang digunakan suspek untuk menetak peneroka hingga maut dalam kejadian di Felda Lok Heng Selatan.

KOTA TINGGI – Suspek yang dikaitkan dalam insiden amuk menetak seorang peneroka dalam kejadian di Felda Lok Heng Selatan malam Isnin, mempunyai masalah mental.

Kakak suspek yang mahu dikenali sebagai As, 54, berkata kali terakhir adiknya itu mendapatkan rawatan mental dan mengambil ubat adalah lapan tahun lalu.

Iklan
Iklan

​"Bagaimanapun, pihak hospital mendapati halusinasi dan masalah mental dihadapi adalah berpunca daripada kesan penyalahgunaan bahan terlarang sebelum dia dibenarkan pulang rumah," katanya di Felda Lok Heng Selatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Peneroka Felda maut ditetak dengan kapak

Iklan

Kes bunuh peneroka Felda: Suspek ada enam rekod jenayah, polis rampas kapak

​Menurutnya pihak hospital pernah membekalkan ubat penenang, namun adiknya hanya mengambil ubat tersebut selama dua bulan sebelum memutuskan untuk berhenti.

Iklan

Jelas beliau, adiknya yang sentiasa bergantung kepada ahli keluarga terdekat untuk urusan harian itu tidak mempunyai tempat tuju lain sekiranya berdepan sebarang kesusahan.

​"Sejak mak ayah meninggal dia duduk seorang diri di rumah. Dahulu saya duduk bersamanya tetapi disebabkan bimbang akan keadaan dirinya jadi kami duduk di rumah sewa dia menetap di rumah pusaka.

Terdahulu tular seorang peneroka Felda maut selepas dipercayai ditetak menggunakan kapak dalam satu kejadian mengejutkan di Felda Lok Heng Selatan malam Selasa.