Bertanyalah, jangan bimbang
Iklan
Keberanian mahasiswa mengemukakan soalan kritikal kepada pemimpin tidak seharusnya dihukum atau dipandang sinis. Gambar hiasan
BANYAK universiti di dunia menganjurkan forum berkaitan kepimpinan masa depan. Antara yang terkenal ialah Columbia University World Leaders Forum. Antara sebabnya pemimpin yang dijemput pun biasanya kontroversi, dan soalan pelajar pula biasanya bukan biasa-biasa. Ia menyakitkan.
Pada 2019, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah dijemput ke situ dan ditanya tentang pegangan anti-Yahudinya. Ia dilaporkan di banyak media. Tetapi antara soalan yang menarik ialah kepada Mahmoud Ahmadinejad, Presiden Iran dalam satu forum pada tahun 2007 tentang hukuman mati terhadap homoseksual di Iran. Jawab Ahmadinejad, 'Di Iran kami tiada homoseksual'.