Aku bukan nak provok: Aweera komen AJL

Iklan
PENYANYI rock, Aweera meluahkan rasa tidak puas hati apabila tiada satu pun kumpulan band yang berjaya memasuki Anugerah Juara Lagu 33.

Luahnya semalam menerusi Insta Story di akaun Instagramnya, AJL merupakan pertandingan lagu, justeru wakil bagi band seharusnya ada.

"Why why why. AJL ni anugerah solo ke?!!! Band mana band.

"Kenapa Kugiran Masdo tak dapat? Come on lah," tulisnya dengan tanda pagar permainan too much.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Tidak lama selepas posting itu di muat naik, Aweera berkongsi pula luahan yang sama secara terbuka di profile akaun IG.

[ARTIKEL BERKAITAN: Lagu Misha Omar, Siti Sarah & 10 lagi ke AJL33]

Hasil perkongsian itu kemudiannya menarik minat orang ramai dengan memberikan komen-komen berbaur tidak puas hati dan bersetuju dengan kenyataan dibuat Aweera.

Tambah Aweera lagi, dia bukan mahu membuat provokasi, namun sekadar menyuarakan rasa keadilan terhadap penggiat seni suara.

"Aku bukannya nak provok ke apa tetapi setidaknya berlaku adil dan sama rata kepada band dan solo.

"Sebab nama pun Anugerah juara lagu, chill," tulisnya lagi di Insta Story.