Jerebu: Satu-satunya pilihan kita ada
Iklan
Jerebu bukan hanya menjejaskan paru-paru malah mampu meningkatkan risiko penyakit pernafasan, jantung, diabetes malah gangguan fungsi otak. - Foto hiasan
KITA selalu dengar kata-kata ‘we are what we eat’ atau ‘we are what we read’. Tapi dalam episod jerebu terkini, kata-kata yang lebih relevan untuk direnungi adalah ‘we are what we breathe’.
Ini kerana kita boleh pilih apa makanan yang masuk mulut atau bahan yang mahu dibaca, tapi tiada pilihan jenis udara yang masuk ke ke tubuh.