Pearly-Thinaah naib juara Terbuka Perancis

Iklan
Pearly-Thinaah naib juara Terbuka Perancis 2026 di Arena Grand Paris, pada Ahad. FOTO: Badminton Association of Malaysia - BAM

BEREGU wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah terlepas peluang merangkul gelaran Terbuka Perancis 2026 selepas tewas kepada pasangan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto pada aksi final di Arena Grand Paris, pada Ahad.

Pasangan pilihan kedua dari Malaysia itu dilihat berada di landasan tepat untuk meraih gelaran Super 750 berkenaan selepas memenangi set pertama 21-10.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, momentum perlawanan berubah apabila pasangan pilihan utama dari Jepun itu bangkit memenangi set kedua 21-17.

 

Iklan

Fukushima-Matsumoto kemudian mengesahkan kemenangan menerusi set penentuan 21-16, sekali gus mempertahankan gelaran berkenaan selepas pertarungan selama 64 minit.

Kekalahan itu menyaksikan Pearly-Thinaah yang kini menghuni ranking keempat dunia terlepas peluang meraih gelaran Terbuka Perancis buat kali kedua selepas kejayaan pada 2022.

Iklan

Mereka turut gagal merangkul gelaran ketiga musim ini selepas muncul juara Masters Indonesia pada Januari dan Terbuka Denmark minggu lalu.

Selaku naib juara, Pearly-Thinaah menerima hadiah wang tunai AS$33,250 (kira-kira RM135,836), manakala pasangan juara membawa pulang AS$70,300 (kira-kira RM287,196).

Sementara itu, beregu campuran profesional negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing turut gagal menamatkan penantian 26 tahun Malaysia untuk merangkul gelaran dalam kategori berkenaan.

Pang Ron-Pei Jing tewas kepada pasangan pilihan utama dari China yang juga juara bertahan, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, 10-21, 13-21 dalam tempoh 37 minit.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia masih menantikan juara baharu beregu campuran Terbuka Perancis selepas kali terakhir gelaran berkenaan dimenangi Chan Chong Ming-Joanne Quay pada 2000.