GEORGE TOWN – Beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan sejak malam Sabtu sehingga pagi Ahad.
Antara kawasan terjejas adalah Bayan Baru, Bukit Jambul, Farlim, Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus, Jelutong, Greenlane, Butterworth, Permatang Pauh, Jalan P Ramlee dan Jalan Scotland.
Iklan
Iklan
Ketika ini, keadaan masih hujan lebat yang mana ia berpotensi menyebabkan cuaca buruk berterusan.
Bagaimanapun, maklumat mengenai paras air, jumlah kawasan terjejas dan sama ada terdapat penduduk yang dipindahkan masih belum disahkan oleh pihak berkuasa.
Orang ramai dinasihatkan supaya mengelakkan laluan yang dinaiki air serta mengikuti perkembangan dan arahan pihak berkuasa khususnya sekiranya hujan lebat berterusan.