Antara harapan dan kenyataan
Iklan
Negara dambaan bukan sekadar soal kemajuan ekonomi, tetapi kemampuan memastikan keadilan, integriti, kesejahteraan rakyat dan peluang yang saksama untuk generasi masa depan. - Gambar hiasan
SETIAP rakyat mempunyai gambaran tersendiri tentang negara dambaan. Ada yang mengimpikan negara makmur dengan ekonomi kukuh, ada yang mendambakan kehidupan aman dan harmoni, manakala sebahagian yang lain hanya mengharapkan kehidupan lebih selesa, pekerjaan terjamin dan masa depan yang tidak dibayangi kebimbangan.
Walaupun berbeza latar belakang, harapan itu bertemu pada satu matlamat: mahu hidup bermaruah, dapat peluang adil dan melihat anak-anak membesar dalam negara lebih baik daripada apa diwarisi hari ini.