Haze dan Waze
Iklan
Jerebu dan isu Waze mencetuskan persoalan sama ada kerajaan berjaya mengimbangi aspek keselamatan, kebebasan rakyat dan keutamaan dalam menangani cabaran semasa.
TAJUK minggu ini haze dan Waze mengambil semangat pengumuman pembubaran Dewan Negeri Sarawak Jumaat lalu yang hampir 90 peratus menggunakan bahasa Inggeris.
Sebahagian besar negara kita termasuk Sarawak berhadapan jerebu (haze), namun rakyat tidak melihat usaha tegas kerajaan menangani sikap berdolak-dalih Indonesia dalam menyelesaikan masalah berlarutan selama lebih dua bulan. Sama ada kerajaan Sarawak mahu pun Kerajaan Persekutuan, reaksi kepada Indonesia sangat lunak berbanding masalah yang kita hadapi hari ini.