Sentimen politik di sebalik crowdfunding
Iklan
Fenomena kutipan dana untuk tokoh politik seperti Akmal Saleh dan Najib Razak memperlihatkan bagaimana sentimen serta kesetiaan penyokong boleh diterjemahkan kepada sokongan kewangan, namun isu akauntabiliti dan ketelusan kekal menjadi perhatian. - Gambar hiasan
RM300,000 bukan jumlah wang yang kecil. RM50 juta pula bukan jumlah yang boleh dikumpulkan dengan tabung di hujung minggu. Namun, apabila sentimen politik digerakkan, wang yang besar pun boleh mula dikumpulkan sedikit demi sedikit daripada poket orang ramai.
Dua perkembangan mutakhir memperlihatkan fenomena ini. Pertama, usaha Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mengumpulkan wang bagi membayar RM300,000 ganti rugi dan kos mahkamah kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. Kedua, Tabung Solidariti Najib Razak yang dilancarkan UMNO Malaysia dengan sasaran RM50 juta bagi membantu bekas Perdana Menteri itu membayar denda bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara atas kesalahan rasuah di rumah.