Hutang Zetrix kepada JPJ
Iklan
Krisis kewangan Zetrix AI mencetuskan persoalan apabila syarikat yang pernah menjadi peneraju perkhidmatan digital kerajaan berdepan hutang berbilion ringgit dan tunggakan RM314 juta kepada JPJ - Gambar hiasan
PADA suatu masa dulu, Zetrix AI Bhd (nama asalnya MyEG) adalah 'darling' di Bursa Malaysia kerana menjadi peneroka bidang kerajaan-kepada-warga (government-to-citizen) melalui teknologi digital.
Dalam bahasa pasaran saham, 'darling' adalah kaunter yang digilai oleh pelabur kerana faktor-faktor seperti harga saham yang kukuh, dividen yang tinggi dan kontrak jangka panjang daripada kerajaan. Hari ini ia bernyawa-nyawa ikan.