Takiyuddin mahu mediasi dengan Speaker, enggan tarik balik perkataan 'munafik'

Iklan
Takiyuddin ketika sidang akhbar selepas program Himpak di Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada malam Sabtu.

KOTA BHARU -"Saya tidak akan tarik balik. Sebaliknya, saya buat surat kepada Speaker mencadangkan supaya diadakan mediasi."

Itu pendirian Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang enggan menarik balik perkataan 'munafik' yang diucapkannya dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini, sebaliknya mencadangkan proses mediasi atau pengantaraan bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, surat mencadangkan proses pengantaraan itu sudah dihantar dan diterima Johari.

Kini beliau masih menunggu maklum balas sama ada cadangan berkenaan akan dipersetujui.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas program Himpunan dan Munajat Penyatuan Ummah (Himpak) sempena Karnival Rakyat Kelantan 36 Tahun Membangun Bersama Islam (MBI) di Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada malam Sabtu.

Terdahulu media melaporkan pada 21 Oktober lalu, Johari mengarahkan Takiyuddin menarik balik perkataan 'munafik' yang digunakannya ketika perbahasan sebelum ini.

Iklan

Takiyuddin memberitahu, sekiranya proses pengantaraan itu tidak diadakan, beliau tidak menolak kemungkinan perkara berkenaan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.