Selagi PN ditekan makin marah pengundi Melayu
Iklan
Pembatalan atau penggantungan PN tidak mengubah pendirian asas pengundi Melayu. Foto hiasan
PERMOHONAN untuk membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) datang daripada Bersatu. Namun, pengundi Melayu tidak sekadar melihat siapakah yang membuat permohonan pembatalan, sebaliknya siapa yang meluluskan pembatalan atau penggantungan tersebut.
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri yang diterajui Menteri PKR. Justeru, persepsi politik pengundi Melayu ialah Pakatan Harapan (PH) yang menekan PN, manakala Bersatu telah membantu dalam proses ini.