Pas mahu lebih kerusi, kesepakatan dengan BN belum 'beres' - Penganalisis
Iklan
Setakat ini, BN dan Pas masih belum menyepakati jumlah pembahagian kerusi dalam PRN Melaka. Gambar kecil: Sivamurugan (kiri) dan Mazlan
SHAH ALAM - Keengganan Pas memberi gambaran bahawa persetujuan dengan Barisan Nasional (BN) sudah dimuktamadkan bukan sekadar berkaitan aturan pengumuman calon, sebaliknya membawa mesej politik untuk mempertahankan autonomi parti itu serta mendapatkan kedudukan lebih seimbang dalam rundingan kerusi.
Pensyarah Sosiologi Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpandangan, Pas perlu mengekalkan identitinya sebagai parti yang mempunyai kekuatan tersendiri dan bukannya dilihat sekadar mengikut rentak BN.