Kes dera: Amah didakwa curi, rosakkan barang

Iklan
Shazeli.

SHAH ALAM – Dakwaan mencuri barangan majikan dan merosakkan harta benda dipercayai antara punca seorang pembantu rumah warga Indonesia didera majikannya di Tanjong Sepat, Kuala Langat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, mangsa dipercayai mula bekerja dengan suspek sekitar hujung tahun lalu atau awal tahun ini.

Iklan
Iklan

"Antara motif kejadian adalah kerana mangsa disyaki dituduh mencuri barangan majikan dan merosakkan barangan milik majikan. Itu dakwaan mereka,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Jumaat.

Terdahulu media melaporkan tiga wanita antara lima individu yang direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes penderaan tersebut.

Iklan

Perintah reman terhadap kesemua suspek berusia 20 hingga 30-an bermula Selasa hingga Jumaat dikeluarkan Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Telok Datok.

Kes penderaan itu dilaporkan berlaku pada 16 Oktober lalu sebelum membawa kepada penahanan beberapa individu bagi membantu siasatan.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis menahan enam individu termasuk seorang majikan bagi membantu siasatan kes penderaan seorang wanita warga Indonesia hingga mangsa mengalami kecederaan melecur pada seluruh badan di Tanjong Sepat.

Kesemua suspek ditahan di sebuah premis perniagaan di Jalan Merbau, Pusat Perniagaan Oren, Butterworth Pulau Pinang, kira-kira jam 6.30 petang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670).

Mengulas lanjut, Shazeli berkata, pasangan suami isteri yang merupakan majikan mangsa turut ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya.