Taktik licik guna invois tempatan, gudang simpan barang elektrik haram diserbu
Iklan
Serbuan dilaksanakan sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan JKDM WPKL berdasarkan maklumat risikan daripada Ibu Pejabat JKDM.
KUALA LUMPUR - Menyeludup barangan elektrik import tanpa kelulusan sebelum menjualnya kepada pengedar menggunakan invois pembelian tempatan antara taktik dibongkarkan menerusi serbuan di sebuah gudang persendirian di Bukit Belimbing, Seri Kembangan baru-baru ini.
Serbuan dijalankan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kuala Lumpur (WPKL) itu merampas 9,286 unit barangan elektrik pelbagai jenis dan fungsi yang dipercayai tidak mempunyai Perakuan Kelulusan (CoA) daripada Suruhanjaya Tenaga serta kelulusan SIRIM Berhad (SIRIM).
Iklan
Iklan
Pengarah Kastam Kuala Lumpur, Wan Norizan Wan Daud berkata, nilai keseluruhan rampasan termasuk duti import dan cukai dianggarkan berjumlah RM1.33 juta.
Pemeriksaan mendapati barangan elektrik berkenaan dipercayai tidak mempunyai Perakuan Kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga dan SIRIM.
Iklan
Menurutnya, nilai barangan yang disita dianggarkan RM1.01 juta, manakala duti import dan cukai yang terlibat berjumlah RM323,904.
"Dokumen kelulusan yang sah bagi barangan terbabit juga gagal dikemukakan ketika serbuan dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Iklan
Beliau berkata, serbuan itu dilaksanakan sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan JKDM WPKL berdasarkan maklumat risikan daripada Ibu Pejabat JKDM.
"Seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 60-an yang merupakan pengurus gudang berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan.
"JKDM sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan pemilik barangan elektrik berkenaan untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Antara barangan yang dirampas menerusi serbuan dijalankan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
"Orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam di talian 1-800-88-8855 atau pejabat kastam terdekat dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan," katanya.
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.