Seekor merpati sebabkan kerosakan pesawat di Nepal

Iklan
Sebuah pesawat Turkish Airlines mengalami kerosakan kecil pada gear pendaratannya selepas seekor burung merpati melanggar pesawat itu yang sedang bergerak di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Nepal, pagi Rabu - Foto: Agensi

KATHMANDU - Sebuah pesawat Turkish Airlines mengalami kerosakan kecil pada gear pendaratannya selepas seekor burung merpati melanggar pesawat itu yang sedang bergerak menuju ke laluan taksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Nepal, pagi Rabu, menurut seorang pegawai kanan polis, lapor Xinhua.

Insiden berkenaan menjejaskan operasi penerbangan di lapangan terbang paling sibuk di negara itu selama lebih sejam, sementara pihak berkuasa menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pemeriksaan di landasan.

Iklan
Iklan

"Kejadian itu menyebabkan kerosakan kecil pada gear pendaratan bahagian hadapan pesawat. Pesawat itu telah kembali beroperasi selepas pemeriksaan dijalankan,” kata Raj Kumar Silwal, jurucakap polis lapangan terbang. - Bernama