Pensyarah gadai barang kemas bayar 'ikat jamin'

Iklan
Mangsa terpaksa menggadai barang kemas untuk membayar 'ikat jamin' selepas maklumat peribadi didakwa disalahgunakan selain dikaitkan dengan aktiviti penipuan pelaburan dan pengubahan wang haram. Gambar hiasan janaan AI

KUANTAN - Seorang pensyarah wanita kerugian lebih RM269,000 selepas menjadi mangsa 'phone scam' didalangi individu menyamar pegawai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dan polis.

Mangsa berusia 49 tahun terpaksa menggadai barang kemas untuk membayar 'ikat jamin' selepas maklumat peribadi didakwa disalahgunakan selain dikaitkan dengan aktiviti penipuan pelaburan dan pengubahan wang haram.

Iklan
Iklan

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, daripada lebih RM269,000 wang yang lesap, RM217,729 merupakan wang pinjaman selain wang simpanan mangsa sendiri.

Menurutnya, jaminan dikenakan itu dipercayai bagi mengelak mangsa dikenakan tindakan undang-undang selepas diugut suspek dengan waran tangkap, pembekuan akaun dan hukuman penjara.

Iklan

"Dalam kes ini, mangsa turut menyerahkan kad bank miliknya dengan meletakkannya di lokasi ditetapkan suspek.

Azry berkata, mangsa menyedari ditipu selepas membuat semakan penyata akaun dan mendapati tujuh transaksi pindahan wang ke lima akaun berbeza berjumlah RM226,993 direkodkan sepanjang 28 Jun hingga 8 Ogos lalu.

Iklan

Menurutnya, mangsa mendakwa menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Putrajaya semasa berada di tempat kerja, 20 April lalu.

"Suspek mendakwa maklumat peribadi mangsa disalahgunakan dan mangsa terlibat dalam aktiviti penipuan pelaburan sebelum panggilan disambungkan kepada 'pegawai polis'.

"Mangsa turut diugut dengan waran tangkap, pembekuan akaun dan hukuman penjara, sebelum diarahkan menyerahkan kad ATM serta membuat pembayaran kononnya bagi tujuan bayaran ikat jamin," katanya.

Tambah beliau, disebabkan tidak mempunyai wang yang mencukupi, mangsa telah membuat beberapa pinjaman berjumlah RM217,729.

"Kad bank mangsa dipercayai masih berada dalam milikan pihak suspek sehingga kini.

"Jumlah keseluruhan kerugian dialami mangsa RM269,993 melibatkan wang simpanan, hasil gadaian emas serta wang pinjaman," katanya.

Jelas beliau, kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,