Jerebu: Indonesia respons gesaan Syed Saddiq

Iklan
Tito Karnavian. - FOTO: AFP

JAKARTA - Indonesia tidak membantah cadangan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya negara ASEAN mengenakan tekanan diplomatik dan kewangan susulan krisis jerebu rentas sempadan.

Menteri Dalam Negeri Indonesia, Tito Karnavian berkata, pihaknya menghormati sistem perundangan setiap negara sekiranya tindakan diambil terhadap syarikat yang terbukti terlibat dalam kegiatan pembakaran hutan dan tanah.

Iklan
Iklan

Menurut laporan media Indonesia, Tito menegaskan kerajaan negaranya telah melakukan usaha maksimum bagi menangani kebakaran hutan dan tanah yang menyebabkan pencemaran udara di beberapa negara Asia Tenggara.

Beliau turut menggesa negara jiran memperkukuh kerjasama bagi membendung kebakaran serta mengurangkan kesan jerebu terhadap penduduk serantau.

Iklan

Terdahulu, Syed Saddiq ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada 13 Oktober lalu menggesa Malaysia dan negara ASEAN lain mengemukakan bantahan diplomatik bersama terhadap Indonesia.

Beliau turut mencadangkan institusi kewangan serantau menghentikan pembiayaan kepada syarikat yang terbukti terlibat dalam amalan pembakaran terbuka.

Iklan

Syed Saddiq berpandangan langkah tegas diperlukan kerana krisis jerebu berulang kali menjejaskan kesihatan awam dan aktiviti harian penduduk.

Bagaimanapun, Tito menegaskan Indonesia juga tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana syarikat yang didapati bertanggungjawab menyebabkan kebakaran tersebut. - Agensi