Selesai krisis Negeri Sembilan melalui muafakat - Pakar
Iklan
Kemelut institusi diraja Negeri Sembilan yang berlarutan perlu diselesaikan berlandaskan prinsip muafakat dalam adat Perpatih, dengan ketetapan empat Undang dijadikan sandaran bagi mencari jalan keluar daripada pertikaian berkenaan.
PUTRAJAYA – Kemelut institusi diraja Negeri Sembilan yang berlarutan perlu diselesaikan berlandaskan prinsip muafakat dalam adat Perpatih, dengan ketetapan empat Undang dijadikan sandaran bagi mencari jalan keluar daripada pertikaian berkenaan.
Pensyarah Pusat Pengajian Polisi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, penyelesaian krisis itu perlu kembali kepada asas sistem pentadbiran negeri yang berteraskan adat Perpatih serta prinsip termaktub dalam Perlembagaan Negeri Sembilan.