Partikel halus dalam jerebu boleh cetus kanser
Iklan
Keadaan jerebu yang menyelubungi ibu negara sehingga menjejaskan jarak penglihatan menyebabkan Menara Berkembar Petronas (KLCC) tidak kelihatan ketika tinjauan pada Ahad. Foto Bernama
SHAH ALAM - Pendedahan kepada partikel halus atau particulate matter (PM) yang terkandung dalam jerebu bukan sahaja boleh menyebabkan masalah pernafasan, malah berisiko meningkatkan kejadian penyakit kronik termasuk kanser paru-paru, serangan jantung dan strok.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Mohd Shahrol Abd Wahil berkata, partikel halus dalam jerebu mengandungi pelbagai bahan kimia berbahaya termasuk karbon hitam, logam berat, dioksin dan hidrokarbon aromatik polisiklik.