Misteri penemuan objek asing di tengah ladang di Indonesia

Iklan
Penduduk sekitar mendakwa pada mulanya mereka terdengar bunyi dentuman kuat sebelum menjumpai serpihan tersebut di dua lokasi berbeza. - Foto Agensi

PALANGKA RAYA - Misteri objek logam gergasi yang ditemui di tengah sebuah ladang sawit di Kabupaten Kotawaringin Timur (Kotim), Kalimantan Tengah (Kalteng), Indonesia akhirnya terungkai.

Penduduk sekitar mendakwa pada mulanya mereka terdengar bunyi dentuman kuat sebelum menjumpai serpihan tersebut di dua lokasi berbeza.

Iklan
Iklan

Penemuan itu mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan penduduk. Bentuk komponen yang berbentuk kubah, melengkung berserta kabel dan beberapa serpihan logam itu dikaitkan dengan objek angkasa lepas.

Pihak berkuasa kemudiannya mengesahkan objek itu dipercayai serpihan roket pembawa satelit milik China, Zhuque 2E yang terhempas di wilayah Kotim.

Iklan

Petunjuk lain mengenai asal usul objek itu turut ditemukan pada tanda kod yang tertera pada serpihan berkenaan iaitu ‘2ZQE31-20-15 240256KY’ yang mempunyai persamaan dengan nama roket pembawa satelit China, Zhuque 2E.

Pihak berkuasa bagaimanapun mengingatkan orang ramai supaya tidak menghampiri, menyentuh atau mengalihkan objek asing yang berada di kawasan terbuka.

Iklan

Ciri-ciri berkenaan dikatakan belum memadai untuk mengesahkan identiti sebenar atau tahap bahayanya.

“Kami meminta orang ramai supaya segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya menemui objek asing,” kata seorang anggota Briged Mobil (Brimob) yang berkawal di lokasi kejadian. - Agensi