Kebakaran hutan: Indonesia siasat 98 kes, syarikat negara jiran

Iklan
Penunjuk perasaan daripada Perikatan Rakyat Kalimantan Tengah yang Berjuang memegang poster dan cetakan hantaran media sosial bagi mendesak kerajaan mengambil tindakan terhadap kebakaran hutan dan tanah di luar pejabat Gabenor Kalimantan Tengah di Palangkaraya pada Isnin. - Foto AFP

JAKARTA – Indonesia sedang menyiasat 98 kes membabitkan syarikat yang dikaitkan dengan kebakaran hutan dan tanah termasuk beberapa syarikat dari negara jiran.

Ketua Polis Nasional, Suyudi Ario Seto pada Isnin berkata, pihak penyiasat sedang mengumpulkan bukti dan dijangka mengenal pasti suspek dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan negara atau syarikat yang terlibat.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Perhutanan Indonesia memaklumkan tindakan pentadbiran telah dikenakan terhadap 32 syarikat berhubung kebakaran hutan yang memusnahkan kawasan seluas 12,926,74 hektar.

Iklan

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik dan Keselamatan, Dudung Abdurachman yang menghadiri mesyuarat Kabinet bersama Presiden Prabowo Subianto turut mengesahkan bahawa bantuan dari Singapura sedang dibincangkan melalui Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia.

Indonesia telah memberikan maklum balas terhadap tawaran bantuan yang melibatkan tiga pesawat bersama 52 anggota bomba.

Iklan

Beliau turut mempertahankan tindakan kerajaan menangani kebakaran itu menerusi operasi bersepadu yang menggerakkan 60,000 anggota dan 47 pesawat.

"Prabowo mengarahkan penambahan anggota tentera, polis dan petugas perhutanan serta operasi pemadaman menggunakan pesawat Hercules.

"Syarikat dan anggota keselamatan juga diarahkan memperkukuh pencegahan kebakaran melalui pembinaan telaga gerudi dan kemudahan simpanan air di kawasan berisiko," jelasnya lagi. - Agensi