Pembatalan pendaftaran PN jadi peringatan kepada pemimpin parti gabungan – Muhyiddin

Iklan
Muhyiddin

SHAH ALAM - Pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) menjadi peringatan kepada pemimpin parti gabungan supaya berlaku adil terhadap semua parti anggota dan mematuhi perlembagaan parti serta Akta Pertubuhan 1966.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kuasa dan kedudukan dalam parti gabungan tidak seharusnya disalahguna demi kepentingan parti atau kelompok tertentu sehingga menjejaskan tujuan dan matlamat asal penubuhannya.

Iklan
Iklan

"Saya akan membincangkan langkah ke hadapan dengan pimpinan Bersatu dalam Mesyuarat Biro Politik Khas malam ini," katanya menerusi kenyatan pada Selasa.

Sebelum ini Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dilapor membatalkan pendaftaran gabungan pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar itu selepas penjelasan dan representasi yang dikemukakan didapati tidak dapat menyangkal asas pembatalan yang dinyatakan dalam notis terdahulu.

Iklan

Jabatan itu menjelaskan, keputusan itu dibuat selepas Pendaftar Pertubuhan meneliti keseluruhan dokumen dan penjelasan yang dikemukakan PN susulan notis bertarikh 22 September 2026.

Rentetan itu, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya akan mencabar kesahihan perintah pembatalan tersebut di mahkamah.

Iklan

Menurut beliau, pihaknya juga akan memohon supaya pelaksanaan dan segala kesannya ditangguhkan sementara menunggu penentuan mahkamah.