SEOUL - Media rasmi Korea Utara pada Isnin menerbitkan beberapa imej memaparkan pemimpin Kim Jong Un melawat pameran pakaian dan kasut wanita selepas tersebar khabar angin beliau sudah meninggal dunia kerana pendarahan otak yang serius.
Korean Central News Agency (KCNA) bagaimanapun tidak menyatakan waktu sebenar gambar tersebut dirakam atan mengesahkan keasliannya.