JAGUH powerlifting para negara, Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan pingat emas kedua Malaysia pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas menjuarai acara akhir lelaki 72 kilogram (kg) pada Selasa.
Beliau memenangi emas dengan angkatan 225kg sekali gus mempertahankan gelaran yang dimenanginya pada edisi Hangzhou 2022 dalam kategori sama.