242 pelajar tajaan MARA di Perancis selamat

Iklan
Seorang pegawai polis Perancis membuat rondaan semasa perintah berkurung separa di Lyon pada 19 Oktober 2026, berikutan demonstrasi pada hujung minggu - Foto: AFP

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) memantau rapat keadaan 242 pelajar tajaan agensi itu yang sedang mengikuti pengajian di Perancis susulan rusuhan di negara berkenaan.

Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Zahari Aziz berkata, semua pelajar berkenaan berada dalam keadaan selamat berdasarkan laporan terkini wakil pelajar di universiti masing-masing, dan tiada yang dilaporkan terlibat dalam sebarang insiden rusuhan.

Iklan
Iklan

"Aktiviti pengajian juga berjalan seperti biasa. Di kawasan yang mengalami gangguan pengangkutan awam, pihak universiti telah mengambil langkah sewajarnya dengan melaksanakan sesi pengajian secara dalam talian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zahari berkata, MARA, menerusi Pejabat MARA Luar Negara di Frankfurt, Jerman, sentiasa berhubung dengan pelajar berkenaan serta mengingatkan mereka supaya sentiasa berwaspada dan menjauhi kawasan demonstrasi.

Iklan

Pelajar turut dinasihatkan supaya mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dan Kedutaan Besar Malaysia di Paris.

Beliau berkata MARA akan terus memantau perkembangan semasa, dengan keselamatan dan kebajikan pelajar kekal sebagai keutamaan agensi itu. - Bernama

Iklan