KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar bagi menyiasat jenayah korporat dengan laporan penuh siasatan dijangka didedahkan kepada umum dalam tempoh tiga bulan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jawatankuasa itu akan melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Lembaga Hasil Dalam Negeri serta agensi penguatkuasaan berkaitan.