KUALA LUMPUR – Sebanyak RM37.53 bilion nilai aset dirampas hasil tindakan penguatkuasaan negara dalam usaha membanteras kegiatan mafia korporat termasuk RM28 bilion daripadanya digunakan bagi menyelesaikan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan penguatkuasaan terhadap kegiatan berkenaan diteruskan menerusi siasatan serta pendakwaan jenayah dan sivil.