Lima termasuk majikan direman kes wanita Indonesia dipercayai didera

Iklan
Lima individu direman pada Selasa untuk membantu siasatan kes dera seorang wanita warga Indonesia.

KUALA LANGAT - Lima individu termasuk tiga wanita direman empat hari bermula Selasa untuk membantu siasatan berkaitan kes penderaan seorang wanita warga Indonesia.

Perintah reman sehingga Jumaat dikeluarkan Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Telok Datok di sini.

Iklan
Iklan

Sebelum itu kesemua mereka termasuk majikan mangsa masing-masing hadir dengan diiringi anggota polis menaiki dua kenderaan Perodua Aruz dan Honda City.

Penahanan individu itu susulan serbuan yang digerakkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di Jalan Merbau, Pusat Perniagaan Oren, Butterworth di Pulau Pinang pada Isnin.

Iklan

Serbuan yang turut mendapat bantuan pasukan forensik JSJ IPK Pulau Pinang bertindak menahan enam individu termasuk majikan mangsa.

Lima individu direman pada Selasa untuk membantu siasatan kes dera seorang wanita warga Indonesia.

Iklan

Sinar Harian melaporkan, operasi dijalankan susulan laporan polis di Tanjong Sepat berhubung kes seorang wanita warga Indonesia dikenali Siti Rohaya yang dipercayai didera majikannya.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah lokasi di Kampung Tumbok, Tanjong Sepat, Selangor pada 16 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman dilaporkan berkata, mangsa dipercayai mengalami kecederaan melecur di seluruh badan akibat kejadian berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.