Kisah oksigen dari Negara Api
Iklan
Keadaan jerebu yang menyelubungi ibu negara sehingga menjejaskan jarak penglihatan menyebabkan Menara Berkembar Petronas (KLCC) tidak kelihatan ketika tinjauan Bernama pada 18 Oktober lalu. Foto fail Bernama
SAYA ingatkan, menurut logik akal, apabila rumah jiran dimasuki asap, perkara pertama yang patut dibuat ialah memadamkan api. Padam secepat mungkin.
Rupa-rupanya, dalam hubungan diplomatik, orang yang sesak nafas boleh pula diingatkan supaya bersyukur kerana menerima oksigen.