Jadilah kura-kura, bukan keldai
Iklan
Itulah bahana dadah. Namanya bertukar ganti dan sifat fantasi seronoknya mungkin berbeza-beza juga. Tapi di hujungnya sama sahaja. Mati awal sebelum merasai indahnya kehidupan. - Gambar hiasan
SATU hari itu, sekitar pertengahan tahun 1990-an, ketika saya berjalan di Central Market, tiba-tiba ada seorang pemuda menegur saya dari belakang. Pelik juga, bagaimana ada orang boleh mengenal saya di tengah Kuala Lumpur. Bila saya berpaling, rupanya dia teman sekampung saya.
"Pinjam aku duit sikit," katanya. Masa itu saya masih lagi pelajar universiti, yang hidup tentulah pokai juga."Tak dapat banyak, RM10 pun okeylah," katanya lagi.