Perintah berkurung bersasar susulan protes ganas hujung minggu akan dilaksanakan - PM Perancis

Iklan
Seramai 2,397 orang ditahan dalam protes yang dicemari keganasan itu. Foto AFP

PARIS - Perdana Menteri Perancis, Sebastien Lecornu berkata, perintah berkurung separa akan dilaksanakan di beberapa kawasan mulai petang Isnin susulan insiden menjarah  semasa protes pada hujung minggu, lapor Xinhua.

Dalam sidang media, Lecornu berkata, beliau meminta pegawai wilayah Perancis melaksanakan"beberapa perintah berkurung separa seawal petang ini", sambil menyifatkan kekacauan itu sebagai"sangat tertumpu di kawasan bandar tertentu".

Iklan
Iklan

Lecornu berkata, darurat akan diisytiharkan"jika perlu", namun menambah bahawa perintah berkurung"dilihat lebih sesuai".

"Tidak timbul soal membiarkan kegiatan menjarah berterusan," katanya sambil memaklumkan bahawa Kementerian Dalam Negeri akan mengeluarkan peta terperinci kawasan yang terlibat pada tengah hari Isnin.

Iklan

Langkah pengurangan waktu bekerja sementara akan dikuatkuasakan mulai Selasa bagi peniaga yang terjejas akibat kerosakan dan penjarahan, kata Lecornu.

Kerajaan juga akan menyediakan bantuan kewangan awam untuk menyokong perniagaan yang terjejas, katanya, sambil menegaskan bahawa bantuan sedemikian"tidak bermakna jika kita tidak mampu memulihkan ketenteraman secepat mungkin".

Iklan

Menteri Perdagangan Perancis, Serge Papin menganggarkan sekurang-kurangnya 3,000 perniagaan terjejas semasa protes hujung minggu itu.

Kira-kira 550,000 orang menyertai protes di seluruh Perancis pada Sabtu.

Seramai 2,397 orang ditahan dalam protes yang dicemari keganasan itu, menurut angka yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri Perancis pada Ahad.

Seramai 997 anggota polis dan"gendarmes” turut cedera, dengan tujuh daripada mereka mengalami kecederaan serius. - Bernama-Xinhua