Tiga rumah rosak dihempap pokok

Iklan
Anggota bomba bertungkus-lumus melakukan kerja-kerja pemotong pokok yang menghempap rumah mangsa. - FOTO: Bomba

BAYAN LEPAS – Tiga buah rumah di Kampung Bukit di sini rosak dihempap pokok dalam kejadian pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 12.56 tengah hari.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau tiba di lokasi jam 1.16 petang.

"Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, komander operasi melakukan penilaian awal sebelum mengarahkan anggota menjalankan kerja-kerja pemotongan dan pembersihan pokok tumbang.

Anggota APM turut membantu dalam kerja-kerja pemotongan dan pembersihan pokok tumbang. - FOTO: Bomba

Iklan

Operasi berkenaan turut dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Pasukan Bomba Sukarela Gertak Sanggul.

Menurutnya, dua pemilik berusia 35 dan 43 tahun dilaporkan selamat.

“Maklumat pemilik rumah ketiga bagaimanapun tidak diperoleh.

“Selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian, kawasan berkenaan diserahkan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk tindakan lanjut.

"Operasi menyelamat itu dikawal pada jam 2.42 petang sebelum ditamatkan sepenuhnya empat minit kemudian," ujarnya.