Aliff Rakib buru gelaran juara dunia

Iklan
Aliff Rakib - FOTO: One Championship

JAGUH Muay Thai negara, Aliff Rakib bakal berdepan juara bertahan, Prajanchai Pongsuphan dalam pertarungan merebut gelaran dunia Muay Thai strawweight ONE di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand pada 18 Disember ini.

Pertarungan lima pusingan menerusi acara The Inner Circle 43 itu bakal menyaksikan Aliff memburu gelaran dunia selepas terlebih dahulu merangkul kejuaraan interim menerusi kemenangan ke atas legenda Muay Thai, Sam-A Gaiyanghadao pada Julai lalu.

Iklan
Iklan

Kemenangan menerusi knockout (KO) di The Inner Circle 23 itu menjadi pencapaian penting buat Aliff yang sebelum ini meraih peluang mencabar Prajanchai selepas menewaskan petarung Lubnan, Ramadan Ondash pada ONE Fight Night 38, Disember lalu.

Bagaimanapun, pertemuan antara kedua-dua petarung itu terpaksa ditangguhkan selepas Prajanchai mengalami kecederaan yang memerlukan pembedahan, sekali gus memaksanya berehat panjang daripada gelanggang.

Iklan

Kecederaan itu berlaku beberapa bulan selepas petarung Thailand berkenaan beraksi dalam pertarungan ulangan merebut gelaran dunia kickboxing strawweight ONE menentang Jonathan Di Bella pada ONE Fight Night 36, Oktober tahun lalu.

Aliff bagaimanapun terus mengukuhkan kedudukannya dalam kategori berkenaan dengan membenam Sam-A untuk bergelar juara interim.

Iklan

Sementara itu, Prajanchai baru sahaja kembali beraksi di The Inner Circle 35, namun tewas tipis kepada Wang Junguang dalam pertarungan kickboxing strawweight.