'Sehari dua ini saya cuba ke pejabat tetapi belum kuat' - Tun M

Iklan
Kenyataan yang dikongsikan Tun Dr Mahathir menerusi Facebook miliknya. Foto FB Dr. Mahathir bin Mohamad

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan masih belum cukup kuat untuk kembali menjalankan tugas di pejabat selepas pemergian isterinya, Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali.

Dr Mahathir berkata, beliau cuba ke pejabat untuk beberapa hari, namun keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.

Iklan
Iklan

“Sehari dua ini saya cuba ke pejabat tetapi upaya masih belum begitu kuat,” katanya dalam kenyataan pada Isnin yang dikongsi melalui Facebook.

Pada masa sama, Dr Mahathir mewakili seluruh ahli keluarganya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu menyempurnakan urusan pengebumian Siti Hasmah.

Iklan

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, lebih 25,000 orang dari seluruh negara menziarahi pusara Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali sejak pemergiannya lebih tiga minggu lalu, sebagai tanda penghormatan terhadap jasa dan sumbangan tokoh wanita itu.

Anak Allahyarham, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, jumlah pengunjung yang direkodkan dalam tempoh berkenaan disifatkan sebagai satu fenomena yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Iklan

Menurutnya, pengunjung yang hadir bukan sahaja dari seluruh negara, malah ada yang datang dari Palembang, Indonesia meskipun tidak pernah bertemu Allahyarham secara peribadi.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir terharu dengan doa yang tidak putus-putus buat isterinya sehingga kini, sama ada ketika berada di pusara mahupun dari mana-mana sahaja.

Beliau turut memohon maaf sekiranya sepanjang tempoh tersebut terdapat salam yang tidak disambut, lambaian yang tidak dibalas atau ucapan takziah yang masih belum sempat dijawab.

Menurutnya, doa dan sokongan yang diterima mengingatkannya untuk terus bersyukur walaupun sedang melalui kesedihan akibat kehilangan insan yang disayanginya.