Simpan emas berasaskan ilmu, bukan ikut harga

Iklan
Khairul Anuar (tiga dari kiri) dan Zul Ramli (tiga dari kanan) bersama tetamu kenamaan sempena pembukaan cawangan baharu KAB Gold di Setapak, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Kesedaran menyimpan emas sebagai aset jangka panjang perlu disertai ilmu kewangan agar masyarakat tidak hanya mengejar turun naik harga, sebaliknya memahami kepentingan menambah jumlah gram emas yang dimiliki.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas KAB Goldynamics Sdn. Bhd. (KAB Gold), Mohamed Khairul Anuar Mohd Basri, berkata pembeli seharusnya memberikan perhatian kepada pertambahan berat emas dalam simpanan berbanding terlalu memikirkan pergerakan harga dalam tempoh singkat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, harga emas boleh mengalami turun naik dalam jangka pendek, namun keputusan menyimpan aset itu perlu dibuat berdasarkan pemahaman terhadap matlamat kewangan jangka panjang.

“Apabila membeli emas, jangan terlalu fokus pada harga, sebaliknya fokus kepada pertambahan gram emas tersebut,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada majlis pembukaan cawangan baharu KAB Gold di Setapak, di sini, yang turut diserikan dengan program kebajikan untuk golongan asnaf.

Turut hadir penceramah bebas, Zul Ramli M Razali.

Iklan

Khairul Anuar berkata, pemilikan emas perlu dilihat sebagai usaha membina simpanan secara berperingkat mengikut kemampuan dan keperluan kewangan individu, bukan bergantung pada pembelian dalam jumlah besar.

Bagaimanapun katanya, pembeli wajar memahami harga, kos berkaitan, syarat transaksi serta perbezaan antara nilai pembelian dengan nilai jualan semula sebelum membuat keputusan.

Dalam usaha menarik pelanggan, KAB Gold turut menawarkan pelbagai promosi, termasuk cabutan bertuah dan kempen Beli Emas Dapat e-Mas yang mempunyai nilai keseluruhan sekitar RM120,000 pada tahun lalu.

Menurutnya, peruntukan pemasaran boleh dimanfaatkan untuk memberikan manfaat secara langsung kepada pelanggan menerusi pelbagai tawaran bersesuaian.

Selain itu, KAB Gold menjadikan prinsip perniagaan berpandukan syariah sebagai asas operasi, termasuk dalam aspek pemasaran dan urusan dalaman syarikat.

Bagi memastikan pematuhan berkenaan, syarikat itu melantik pensyarah Universiti Malaya, Dr. Ahmad Sufian Che Abdullah, sebagai penasihat syariah untuk meneliti produk, kontrak jual beli, bahan pemasaran dan kempen perniagaan.

KAB Gold yang kini memasuki tahun keenam operasi mempunyai dua cawangan fizikal di Setapak, Kuala Lumpur dan Bandar Permata Lunas, Kedah.

Syarikat itu turut bekerjasama dengan Sahabat Ar Rahnu, Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) Berhad menerusi tiga pusat kutipan di Miri, Pontian dan Kuala Terengganu bagi memudahkan pelanggan membeli, menebus serta mengeluarkan emas.