Myvi 'Mesut Ozil' tenggelam

Iklan
Perodua Myvi yang pernah dinaiki Ozil turut terjejas akibat banjir kilat yang melanda Pulau Pangkor pada Ahad.

LUMUT - Kejadian banjir kilat yang melanda sembilan kawasan di Pulau Pangkor di sini pada Ahad turut menenggelamkan kereta Perodua Myvi tular membawa bekas pemain sensasi Arsenal, Mesut Ozil.

Perkara itu dikongsikan sendiri Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika meninjau keadaan banjir yang turut menjejaskan rumahnya.

Iklan
Iklan

"Rumah saya pun banjir sebab hujan yang lebat walaupun usaha-usaha dibuat termasuk parit yang besar namun hujan yang lebat diikuti air pasang," katanya menerusi rakaman video pada Ahad.

Menurut Zambry, kereta yang pernah dinaiki oleh Mesut Ozil dengan Bilal Erdogan tenggelam.

Iklan

Semalam, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Manjung melalui Pusat Kawalan Operasi Daerah memaklumkan kawasan yang terjejas termasuklah Kampung Sungai Pinang Besar, Kampung Masjid, Kampung Teluk Kecil, Kampung Hussin, Teluk Gedung, Kampung Tengah, Rumah Murah, Taman Pangkor Mutiara dan Taman Sri Pangkor.

Kejadian banjir susulan hujan lebat berterusan selama dua jam tersebut bagaimanapun tidak melibatkan pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Iklan

Pada Mei lalu, kenderaan dengan gelaran 'King' itu menjadi sensasi di media sosial apabila Ozil bersama delegasi dari Turkiye itu dibawa menaiki kereta dipandu Zambry sendiri melawat sekitar Pulau Pangkor.

Mereka turut dibawa menziarahi Masjid Al-Khairiyah atau Masjid 1000 Doa dan Masjid Al-Badr atau Masjid 1000 Selawat di Pulau Pangkor.