Zetrix AI tarik balik dividen, pelihara modal kerja

Iklan
Zetrix AI sebelum ini mengumumkan dividen sebanyak 0.25 sen sesaham pada 24 Ogos lalu.

ZETRIX AI Bhd dilapor menarik balik pelan pembayaran dividen yang diumumkan pada Ogos lalu bagi memelihara kedudukan tunai syarikat susulan perbelanjaan operasi yang tidak dijangka.

Syarikat perkhidmatan digital itu dalam kenyataan pada Isnin berkata, keputusan berkenaan dibuat lembaga pengarah bagi memastikan modal kerja syarikat terus terpelihara.

Iklan
Iklan

“Keputusan lembaga pengarah itu bertujuan mengekalkan modal kerja syarikat berikutan perbelanjaan operasi yang tidak dijangka,” kata kenyataan itu.

Zetrix AI sebelum ini mengumumkan dividen sebanyak 0.25 sen sesaham pada 24 Ogos lalu.

Iklan
Iklan

Syarikat itu juga pernah menangguhkan pembayaran dividen sebanyak 2.89 sen sesaham yang pada asalnya dijadualkan pada 18 September sebelum ditunda ke 24 September dan kemudian ke 28 September.