PUTRAJAYA - Kerajaan memaklumkan bahawa belum berlaku kepulangan dalam skala yang besar rakyat Malaysia yang bekerja daripada Singapura walaupun kerajaan negara itu mengumumkan pelanjutan tempoh pemutusan rantaian jangkitan empat minggu sehingga 1 Jun depan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun kerajaan Malaysia masih menunggu maklumat terperinci dari Singapura berhubung perkara tersebut.