MJ Global teroka industri pakaian taktikal menerusi Blackwolf

Iklan
Kemeja taktikal Blackwolf yang menggunakan fabrik poliester serta direka untuk kegunaan dalam cuaca tropika.

KUALA LUMPUR – Pengalaman dalam bidang latihan keselamatan mendorong M&J Global Training & Services (MJ Global) meneroka industri pakaian taktikal menerusi pengenalan jenama Blackwolf, yang dibangunkan berdasarkan keperluan pengamal keselamatan di lapangan.

Pengasas MJ Global, Misran Osman berkata, idea menghasilkan pakaian taktikal sendiri tercetus daripada kesukaran mendapatkan produk di pasaran yang memenuhi keperluan operasi sebenar, khususnya dari segi keselesaan, fungsi dan kebebasan pergerakan.

Iklan
Iklan

Misran Osman

Menurut beliau, produk pertama yang diperkenalkan ialah kemeja taktikal Blackwolf yang menggunakan fabrik poliester serta direka untuk kegunaan dalam cuaca tropika.

Iklan

"Kemeja berkenaan turut dilengkapi ciri perlindungan ultraviolet (UV) dengan penarafan UPF 50, selain potongan yang membolehkan pemakai bergerak dengan lebih fleksibel ketika menjalankan tugas," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

MJ Global, yang menyediakan latihan keselamatan dan perlindungan rapat eksekutif atau Close Protection Executive (CPE), turut memperkenalkan beberapa aksesori taktikal di bawah jenama sama.

Antaranya termasuk lampu suluh taktikal, alatan pelbagai fungsi, balaclava, lanyard taktikal dan aksesori lain.

Misran berkata, syarikat itu menyasarkan rangkaian berkenaan kepada pengamal industri keselamatan, selain individu yang terlibat dalam aktiviti lasak dan memerlukan pakaian serta aksesori yang mengutamakan fungsi dan ketahanan.

"MJ Global turut menyediakan latihan keselamatan dengan tenaga pengajar berpengalaman, termasuk bekas anggota Unit Tindakhas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.

Pengenalan Blackwolf menandakan peluasan kegiatan syarikat daripada bidang latihan keselamatan kepada penghasilan pakaian dan aksesori taktikal untuk pasaran tempatan.