Suami orang maut gara-gara berebut janda

Iklan
Mangsa dipercayai bertindak menyerang terlebih dahulu dengan membawa sebilah gunting ketika menyerbu rumah H. Foto Agensi

KENDAL - Perselisihan yang dipercayai berpunca daripada rasa cemburu terhadap seorang wanita berstatus janda berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki maut selepas terlibat dalam pergaduhan.

Mangsa, T, 54, meninggal dunia selepas bergaduh dengan seorang lelaki berusia 50 tahun dikenali sebagai R, di rumah teman wanitanya, H, 49, di Dusun Gecos, Desa Gentinggunung, Kecamatan Sukorejo, Kabupaten Kendal di Jawa Tengah pada Rabu lalu.

Iklan
Iklan

Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami lebam pada bahagian kepala akibat hentaman objek tumpul yang menyebabkan pendarahan dalaman.

Ketua Polis Kendal, AKBP Ratna Quratul Ainy berkata, siasatan awal mendapati pertengkaran itu dipercayai kerana rasa iri hati antara mangsa dan suspek terhadap wanita berkenaan.

Iklan

H sempat keluar untuk meminta pertolongan jiran tetangga, namun sebaik kembali masuk ke rumah dia mendapati T sudah terbaring.

R kemudiannya meminta bantuan jiran untuk menghubungi isteri mangsa supaya datang menjemput suaminya.

Iklan

Namun, sebaik tiba di lokasi, isteri T mendapati suaminya sudah tidak sedarkan diri dan disahkan sudah meninggal dunia.

Menurut Ratna, suspek telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kendal bagi membantu siasatan lanjut dan beberapa saksi turut dipanggil untuk memberi keterangan. - Agensi