Krisis jerebu: Malaysia masih tidur?
Iklan
Malaysia perlu menetapkan tuntutan jelas, menggerakkan tekanan dan mendapatkan bantuan antarabangsa. Pilihan undang-undang mesti diteliti termasuk mengenal pasti asas bidang kuasa yang membolehkan tindakan diteruskan. Foto hiasan
SUDAH lebih dua bulan sebahagian negara dilanda jerebu, namun belum kelihatan titik noktah, apatah lagi langit cerah. Keadaan ini mengingatkan saya kepada krisis 1997 ketika bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) Kuala Lumpur mencapai sekitar 300 manakala Kuching mencecah 839 sehingga Sarawak diisytiharkan darurat.
Kali ini terutama di Sarawak, penderitaan akibat kebakaran di Kalimantan dan Sumatera berlarutan. Anggaran Auriga dilaporkan Reuters meletakkan keluasan terbakar dari Januari hingga Ogos melebihi 637,000 hektar, manakala Nusantara Atlas menganggarkan hampir 900,000 hektar.